Assalamualaikum, Filem hantu memang selalu menjadi pilihan aku zaman skolah aku dolu. Namun kini aku sudah jemu melihat filem hantu kini yang hampir semua jalan ceritanya sama, pendek kata TIPIKAL. Maka disini aku ingin menyenaraikan 15 babak tipikal yang aku selalu tonton. 1. Mesti ada sekumpulan remaja yang terlibat dengan suatu kejadian aneh seperti pergi ke suatu tempat yang terlarang - keras - kemalangan - kawasan pedalaman yang takda coverage - dsb. Mereka selalunya terdiri daripada 2 - 3 couple; 5 - 6 person. 2. Lantas, typically setiap ahli kumpulan akan dibunuh dengan cara pembunuhan brutal - grunge - hardcore - kejam - melampau-lampau (exaggerated) mengikut populari pelakon tersebut. Pelakon yang paling tidak popular akan mati dulu. 3. Couple yang paling popular nescaya adalah watak utama dalam filem itu yang akan terselamat dari segala kejahatan. 4. Ada babak seks - romen - pegang2 - sentuh2 - maksiat setiap couple sebelum mereka dibunuh. Tak pun setiap couple, ada 1 couple sudah mencukupi. 5. Mesti ada at least sorang yang tidak takut akan apa-apa dan nescaya dia juga yang paling awal mati kena sula. 6. Mesti juga ada at least sorang yang paling sensitif - penakut - kuat nangis - paling kuat jerit (selalunya minah paling metro). 7. Mombok (hantu) paling tipikal akan berada di dalam bilik mandi (yang ada shower & bathtub) featuring tirai shower kain transparent. Aku tak penah plak tengok hantu muncul dalam bilik mandi yang pakai air takung dalam baldi pastu mandi pakai gayung. 8. Si mombok sudah semestinya tipikal dengan rambut panjang kaler hitam (tak kira straighten / digital perm) & pakai baju tido kaler putih. Walaupun pada masa hidupnya, si mombok berambut pendek, tetapi bila jadi hantu, terus automatik jadi rambut panjang & dipadankan dengan baju tido putih / baju hospital. 9. Mombok muncul dalam cermin tapi bila tengok nyata takda. Ah! Tipikal. 10. Bayang2 itam jalan laju-laju di belakang. Patu bila toleh, tada pulak. Uuuuu.... seramnya... 11. Si pelakon akan start jalan dengan gerakan SUPER lambat bila nak bukak pintu / almari / nak pegang bahu orang dari belakang. Saspen kunun. 12. Filem SUPER gelap macam Tenaga Nasional tak buat kerja & sunyi sepi macam dia sorang ja ada dalam dunia ni. Kamu-kamu mesti selalu akan suruh si pelakon p on suis lampu kan?? 13. Selepas kemunculan Ju-On, para mombok ada skill bergerak alaf baru iaitu merangkak dengan penuh bergaya with full hand motion. Dengan kepala mendongak sambil shuffle - jalan guna tangan - mata bulat super terbeliak - rambut jurai2 kat depan muka. Sejarah hantu Melayu tida pernah pun ada pergerakan sebegini bergaya. Hantu pocong meloncat. Pontianak / kuntilanak pun selalu terbang tanpa hala tuju ja. Dasar Melayu mudah lupa ni sukati dia ja p ikut hantu Jepon. 14. Hantu utama akan tiba-tiba diiringi hantu budak kecik bawah umur 12 tahun yang entah tak tau dari mana muncul. 15. Hantu di bawah perabot. Perabot faveret mereka adalah katil & meja. Masih berasa seram? Peace. Wassalam. |
Sunday, September 7, 2008
15 perkara loya tentang cerita hantu
Posted by kotak hati at 1:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment